Sistem Biosekuriti & Kuarantin Tumbuhan — Jabatan Pertanian Negeri Sabah
Dikemaskini: 21 September 2026
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) tidak terpakai kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, Seksyen Biosekuriti & Kuarantin Tumbuhan, Jabatan Pertanian Negeri Sabah, menyediakan dasar ini secara sukarela selaras dengan prinsip perlindungan data dan Dasar Keselamatan ICT (DKICT) sektor awam, bagi memberi ketelusan kepada pengguna sistem ini tentang bagaimana data peribadi dikumpul, digunakan dan dilindungi.
Sistem ini mengumpul data berikut:
Data dikumpul semata-mata untuk melaksanakan fungsi statutori Seksyen Biosekuriti & Kuarantin Tumbuhan: memproses permohonan permit import/eksport/transit, menjalankan pemeriksaan & kuarantin tumbuhan, merekod laporan perosak/penyakit, dan mengeluarkan sijil/dokumentasi rasmi yang berkaitan.
Rekod permohonan permit disimpan sekurang-kurangnya 5 tahun mengikut Seksyen 8.0, PK(O).DOAS.PYD.05, sebelum diarkibkan. Rekod tidak dipadam selepas tempoh ini — hanya disembunyikan daripada senarai aktif lalai, bagi memenuhi keperluan audit dan rujukan sejarah.
Data TIDAK dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga komersial. Sistem ini disambungkan secara log masuk sekali (SSO) dengan dua sistem berkaitan seksyen yang sama — Kenal Pasti Spesies dan Portal Notis Tahanan — bagi membolehkan pegawai berpindah antara sistem tanpa log masuk berulang. Hanya nama, emel/pengecam pengguna dan peranan dikongsi melalui sambungan ini, bukan data permohonan/rekod itu sendiri.
Sebarang pertanyaan berkaitan dasar ini atau data peribadi anda boleh dikemukakan kepada Seksyen Biosekuriti & Kuarantin Tumbuhan, Jabatan Pertanian Negeri Sabah.